JENIS-JENIS PENCEMARAN





Seiring dengan pembangunan negara yang rancak pada abad ini, ia secara tidak langsung telah memberi kesan kepada alam sekitar,khususnya masalah pencemaran. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malahan di seluruh dunia akibat kurangnya kesedaran terhadap pengurusan alam sekitar yang sistematik. Terdapat empat jenis pencemaran yang utama di Malaysia pada masa ini, iaitu pencemaran bunyi, udara, air, darat/tanah. 

                     

          Pencemaran Air 






 ~ Di Malaysia , permukaan air meliputi 92% daripada bekalan air. Manakala baki 3% adalah air bawah tanah. Sungai menyumbangkan lebih daripada 90% bekalan air mentah. Air bawah tanah mula diterokai sejak 70 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, pembangunan tanpa kawalan menyebabkan sumber air di Malaysia telah tercemar. Pencemaran air berlaku apabila sifat air berubah dan memberi kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.

~ Punca utama kepada berlakunya pencemaran air ada banyak.

   Antaranya ialah disebabkan oleh:
   (a)pembuangan sampah yang tidak teratur 
   (b)najis
   (c)sisa perkilangan 
   (d)bahan kimia
   (e)tumpahan minyak

~Pencemaran air memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum, memasak, membasuh dan lain-lain lagi. Antara penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti hepatitis, cryptos poridium, cirit-birit, cacing dan sebagainya.


~Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai semenjak 1978 bagi mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenal pasti sumber-sumber pencemaran.


~Indes Kualiti Air (IKA) digunakan untuk menentukan status kualiti air sungai yang diklasifikasikan kepada 3 kategori, iaitu Bersih (B), Sederhana Tercemar (ST), dan Tercemar (T). Pengkelasan sungai juga dilaksanakan setiap tahun berdasarkan IKA dan Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) iaitu kelas I, II, III, IV dan V. Enam parameter iaitu keperluan Oksigen Biokimia (BODs), keperluan Oksigen Kimia (COD), Ammoniakal Nitrogen (NH3-N), Pepejal Terampai (SS), nilai PH dan Oksigen Terlarut (DO) digunakan dalam pengiraan IKA.


~Hakisan tanah dan mendapan adalah punca kehadiran pepejal terampai (SS) di dalam lembangan sungai. Di Malaysia, pembangunan kawasan tanah tinggi dan pembukaan tanah untuk pembalakan dan perlombongan mengakibatkan peningkatan SS dan perubahan kepada kualiti air.


~Logam berat dan molekul yang tinggi seperti Kuprum,Zink,Kalium,Nikel,Plumbum,Arsenic dan Raksa yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan pengeluaran merupakan penyumbang utama pencemar logam biasanya terjadi apabila di Malaysia. Pencemaran logam berat biasanya terjadi apabila pembuangan sisa tidak dirawat dengan sempurna oleh sektor industri dan disalurkan ke dalam lembangan sungai. Kepekatan logam berat yang tinggi di dalam lembaran sungai akan memberi kesan yang membahayakan kepada manusia dan alam sekitar.


~Lebih 90% bekalan air di Malaysia berpunca daripada sungai. Justeru itu,usaha menangani pencemaran air sungai terus diberikan perhatian.



      PENCEMARAN BUNYI 





~ Pembangunan masa ini telah memberi kesan kepada pencmaran bunyi. Pencemaran bunyi boleh disebabkan oleh pertambahan kenderaan bermotor dan juga sektor pembinaan. Pencemaran bermotor dan juga sektor pembinaan. Pencemaran bunyi biasanya banyak berlaku di kawasan bandar.


   

     PENCEMARAN UDARA



~pencemaran udara membawa maksud berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke atmosfera sehingga menyebabkan berlakunya perubahan yang tidak baik ke atas kehidupan manusia dan haiwan. Bahan kimia tersebut jika terampai di udara dalam jangka masa tertentu dan dalam jumlah yang tertentu akan memberi kesan negatif kepada kehidupan. Bahan kimia ini jika terlampau banyak akan memasuki tubuh manusia dan masuk ke dalam sistem pernafasan dan menyekat pengaliran oksigen ke seluruh darah manusia.


~Jenis-2jenis bahan pencemaran yang biasa terdapat di ruang angaksa negara Malaysia ialah seperti  Karbon Monoksida, Nitrogen Dioksida,Plumbum dan sulfur Dioksida. Antara punca kepada pencemaran daripada kilang, pembakaran terbuka serta pembakaran hutan, penyemburan racun perosak dan penggunaan baja dalam sektor pertanian.


~Antara kesan langsung yang dibawa oleh pencemaran udara adalah berlakunya penipisan lapisan ozon yang bertindak melindungi bumi daripada sinaran cahaya matahari. Jika penipisan lapisan ozon berlaku ia akan menyebabkan pendedahan kanser kulit. Selain itu, penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kanser kulit. Selain itu lapisan ozon juga menyebabkan pancaran matahari menjadi kuat dan boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais di kutub Utara. Jika ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada ekosistem kehidupan.


    

      PENCEMARAN DARAT/TANAH



~Pencemaran tanah berpunya daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna, hakisan dan kesuburan tanah. Bahan pembuangan tersebut terbahagi kepada dua, iaitu  cecair dan pepejal. Bahan buangan berbentuk cecair ialah bahan kimia, seperti sisa toksik dan racun. Pembuangan sampah sarap(pepejal) yang tidak terkawal juga adalah punca berlaku pencemaran tanah. 

kalau rasa story nie best , jgn lupa nk like and komen

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum .
jangan malu tinggalkan komen korang .