Seluruh dunia kini telah memasuki era moden dan pembangunan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
Alam sekitar merupakan tempat tinggal kehidupan bagi manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar. Dalam sejarah manusia, pada peringkat awal alam ini masih lagi dalam keadaan seimbang dan keadaan semula jadinya masih lagi terpelihara. Walau bagaimanapun,seiring dengan perkembangan zaman dimana berkembangnya teknologi,perkembangan sektor perindustrian dan perbangunan yang dirancang dan yang tidak dirancang telah memberikan kesan kepada alam sekitar.
Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini. walau bagaimanapun,sehingga kini,pembangunan telah menjadi keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa.
Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan begitu besar dan kini kita telah dapat merasai perubahan tersebut. Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang begitu berleluasa seperti Tsunami,kemarau,banjir besar,gempa bumi,tanah runtuh,banjir lumpur,banjir kilat dan sebagainya. bencana alam ini telah berlaku diseluruh duni. Secara umumnya, kita dapat melihat bahawa lebih 40% daripada muka bumi ini yng dilitupi oleh hutan telah dimusnahkan atau musnah oleh kegiatan manusia. Ada muka bumi yang terus tandus disebabkan oleh pemanasan global,ataupun paras air laut yang semakin meningkat ekoran berlakunya pencairan ais yang tidak terkawal.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum .
jangan malu tinggalkan komen korang .