LANGKAH &KONSEP ALAM SEKITAR




     LANGKAH-LANGKAH PEMULIHARAAN ALAM                                     SEKITAR DI MALAYSIA

~Sebagai sebuah negara yang prihatin terhadap alm sekitar, Malaysia telah menubuhkan Jabatan Alam Sekitar atau JAS yang terletak di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Penubuhan JAS bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Sehubungan dengan itu Dasar Alam Sekitar telah diwujudkan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersih, selamat dan sihat. Selain menguatkuasakan undang-undang terhadap pencemaran, JAS juga berperanan mengadakan kempen-kempen kesedaran mengenai pencemaran di seluruh Malaysia.

~Aktiviti-aktiviti perindustrian dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar sebelum melaksanakan projek seperti pelabur hendaklah terlebih dahulu menyemak sama ada penilaian kesan alam sekitar (EIA) diperlukan atau tidak bagi aktiviti-aktiviti perindustrian yang dicadangkan. Aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987, yang memerlukan penilaian EIA sebelum kelulusan projek adalah seperti yang berikut :

   (a)Pertanian 
   (b)Lapangan terbang 
   (c)Perhutanan
   (d)Perikanan
   (e)Perumahan
   (f)Perindustrian 
   (g)Infrastuktur 

~ Sejak 1992, Malaysia telah melaksanakan dasar kebangsaan mengenai alam sekitar , berusaha untuk memulihara warisan semula jadinya melalui penguatkuasaan , penyelidikan , pendidikan dan kesedaran awam . Alam Sekitar Malaysia yang bertujuan membantu memahami data alam sekitar yang sentiasa berkembang.

~Kini , negara Malaysia sedang melaksanakan agenda baharu , iaitu Matlamat Pembangunan Kelestarian (SDG) yang bukan saja meneruskan agenda Matlamat Pembangunan Milenium MDG, malah memfokuskan langkah memastikan kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. SDG juga memfokus kepada langkah membendung perubahan iklim yang boleh memberi impak kepada manusia.



      KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR


  Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan menuju ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang. Kegiatan perusahaan atau perkilangan menjadi punca kepada pencemaran udara, manakala pembuangan toksik menjadi punca berlakunya pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan yang giat dijalankan juga mengganggu ekosistem dan boleh mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang boleh mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.Punca utama kemusnahan alam sekitar ialah sikap manusia yang tidak peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, kuragnya rasa sayang akan alam sekitar, tidak patuh kepada undang-undang, tidak bertanggungjawab dan membuat sesuatu berdasarkan keuntungan semata-mata.



        KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAAN 

                                 ALAM SEKITAR

Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang.Pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan meninggalkan kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan manusia, tetapi kemajuan ekonomi negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian di dalam dan luar negara. Kemusnahan alam sekitar berpunca daripada kerasukan manusia yang mengutamakan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup memudaratkan orang lain. Oleh itu, setiap individu perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya tiga sumber terpenting iaitu air, udara dan tanah supaya kualiti alam sekitar meningkat, menjadi bersih dan selamat digunakan.

  
   Pengurusan atau pentadbiran amat penting untuk meningkat kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan. Misalnya, tanah ialah sumber asli yang amat berharga dan perlu diurus secara teliti supaya tidak dibangunkan sewenag-wenangnya sehingga menggugat kualiti alam sekitar dan kemajuan jangka panjang sosiekonomi negara. 

  Umumnya, tujuan dasar negara kita mengenai alam sekitar adalah untuk:

 (a)Mencapai alam sekitar yang bersih,selamat sihat dsn produktif untuk generasi kini dan masa depan.
 (b)Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak.

kalau rasa story nie best , jgn lupa nk like and komen

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum .
jangan malu tinggalkan komen korang .