Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi tujuan memelihara dan memulihara alam sekitar adalah seperti yang berikut:
(a)PENGHUTANAN SEMULA
penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan penebangan (hutan) supaya kembali seperti hutan.Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan.Kaedah itu perlu dijalankan secara terancang dan sistematik.
(b)TANAMAN TUTUP BUMI
tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit.Kaedah ini bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.
(c)PEMBINAAN TEMBOK KONKRIT DAN LONGKANG KONKRIT
tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah.Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum .
jangan malu tinggalkan komen korang .