KESIMPULAN




   Malaysia ialah sebuah  negara yang mengamalkan hubungan baik dengan negara-negara di seluruh dunia. Jalinan yang baik dengan negara yang dikagumi dan dihormati oleh negara lain. Terdapat pelbagai pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia seperti NAM,ASEAN,PBB dan OIC. Kejayaan hubungan yang erat ini telah memberikan banyak faedah kepada negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,alam sekitar,keamanan sejagat,pendidikan dan sebagainya.

      Negara Malaysia juga sangat mengambil berat dan prihatin terhadap alam sekitar. Pelbagaui usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada tercemar dan musnah. Alam sekitar merupakan aset yang sdangat penting bagi negara untuk kegunaa generasi yang akan datang.

      Kerajaan telah beriltizam dan komited dalam usahamengukuhkan sistem pendidikan negara selari dengan negara-negara maju yang lain. Pelbagai dasar dalam pendidikan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pendidikan negara. Antaranya ialah pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan salah satu transformasi dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek dasar luar negara, isu alam sekitar serta pembangunan modal insan merupakan aspek utama yang diberi penekanan penting oleh kerajaan bagi mencapai negara maju menjelang tahun 2020. 












kalau rasa story nie best , jgn lupa nk like and komen

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum .
jangan malu tinggalkan komen korang .